Saturday, October 8, 2011

Gembira lah!!!

bismillah....

heehehe...herr..her.. haha..huhu..hohoh.. ( senyum je memanjang) 
eh..eh..alhamdulillah...

muka adik comel kuning ni x cukup utk menunjukkan yg saya gembira... 
rasa nak tarik agy mulut dia tu...huhu...

=_='...hermm..terima kasih ya Allah.... 
Allah sangat baik...sbb Dia dah makbulkan doa saya yg sekian lama saya minta... 
Allah melihat kasabaran saya menunggu giliran doa di makbulkan... (rasa mcm nak guling2 atas katil) *_*'

Semoga Allah satukan kami "sekeluarga"...i'Allah..amin,=_='" 
warna ni pun x cukup utk menunjukkan yg saya gembira dan bersyukur... hihihih.. (suara halus)
(~_^)'


Ma..Abah... nana sayang kamu berdua... semoga berbahagia dunia dan akhirat... 
anak mu di sini sentiasa mendoakan kesjahteraan dan kebahgiaan ma ngn abah... :') 

masih agy tersenyum lebarrrrrrr....hihihi
^__________________________________^'

Thursday, October 6, 2011

7 syurga....

bismillah...

hari ni just nk share lagu...kalau rasa berat nak bangun malam.. (Qiamullail..) dengar la lagu ni...
i'Allah... terus aras nak bangun berdating ngan Allah.... 
*err..itu la yg saya rasa bila dengar lagu ni, 10 kali dengar pun xpe* huhu... ^^,



Kumandang cinta bergema hingga ke hati
lafaz-lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh
rapuhnya aku Kau Maha Tahu
pagi siang malam dunia yang ku tuju
saat ku jatuh baru ku sadar kaulah segalanya
Tuhan ku angkat kedua tanganku
sudikah Engkau menerima cintaku
berdarah-darah akan ku tempuh
menggapai tarikat cinta Mu
7 syurga pun aku tak pantas
menerima diri yang bersimbah dosa
ku harap cinta dan ampunan-Mu
setinggi arasy Mu seluas semesta cinta
rapuhnya aku Kau Maha Tahu
pagi siang malam dunia yang ku tuju
saat ku jatuh baru ku sadar kaulah segalanya
Tuhan ku angkat kedua tanganku
sudikah Engkau menerima cintaku
berdarah-darah akan ku tempuh
menggapai tarikat cinta Mu
7 surgapun aku tak pantas
menerima diri yang bersimbah dosa
ku harap cinta dan ampunan-Mu
setinggi arasy Mu seluas semesta cinta
Tuhan ku angkat kedua tanganku
sudikah Engkau menerima cintaku
berdarah-darah akan ku tempuh
menggapai tarikat cinta Mu
7 syurga pun aku tak pantas
menerima diri yang bersimbah dosa
ku harap cinta dan ampunan Mu
setinggi arasy Mu seluas semesta cinta
kalau nak nangis pun boleh... :').... walaupun mcm x sedih sangat..tapi kalau betul2 selami lirik dia.. ohho!!  kalau nk tahu..dengar la..! 
*time ni dah dengar hampir berpulu-puluh kali dah lagu ni* kui..kui..kui... (^_^)

Tuesday, October 4, 2011

~berebut cinta~

Bismillah..... 

Mesti ramai yang sedang asyik bercinta kan??
termasuklah saya...... bercinta ni sangat best...sangat hebat.... sbb saya yakin cinta yang sudah terjalin ini bukan lah cinta yg bertepuk sebelah tangan..malah cinta ini ialah cinta yang  kekal abadi,....insyaAllah...

mesti korang sume dah tahu dengan siapa saya bercinta kan??? 
haaa...! pandai pun....semestinya lah dengan Allah s.w.t...
cinta ini lebih hebat dari mencintai lelaki yang belum tentu halal untuk kita...
kadang-kadang saya rasa sedih bila terpandang dalam lama sosial....ramai perempuan menggunakan lama sosial untuk bergaduh sesama sendiri, semata-mata kerana lelaki...  kalau boleh nak je tolong sedarkan diorang...yang bergaduh sesama sendiri hnya keran lelaki sangat memalukan....  

"adik...tak yah dok berebut lelaki tu.... apa la yang dia ada?? kalau adik dok pulun2 lawan utk dapatkan dia...segala ayat yg adik dah keluarkan...sumpah seranah...caci maki... hati adik pun sakit kan???
adik betul-betul berusaha utk dapatkan lelaki yang adik cinta...
lastly...adik dapat...mungkin adik gembira....kan?? tapi adakah dia akan kekal dengan adik?? 
di takdirkan dia bukan utk adik....apa yang adik dpt?? dapat penat je kan??? " 
"punya adik berusaha selama ni utk dpatkan teruna pujaan tu....sehingga sanggup bergaduh dengan perempuan lain...sanggup mengaibkan kaum adik sendiri...tapi last2 adik tak dapat pun dia.... sedih kan?? mcm sia-sia je.... "

saya sedih bila ada yang sanggup label kan seseorang tu "perempuan jalang"...ya Allah..saya sebagai kaum hawa...sedih sangat... ! 
sedarlah adik-adik ku....jangan la kamu semua hanyut dalam cinta yang belum tentu halal utk kamu....
bnyak cara boleh tunjukkan rasa cinta kita.... keluarga kita pun layak menerima cinta kita....halal kan??
dan yang paling terbaik ialah menunjukkan rasa cinta kepada Allah s.w.t....jawapannya..adik takkan rugi....
kadang-kadang saya pelik...macam mana ada yang boleh jatuh cinta dengan lelaki melalui laman sosial, sampai cinta gila-gila la... tapi diorang tak pernah jumpa pun...~heran~... *_*  

suka saya ingin kongsikan dengan anda semua,ayat yang di ambil di wall kawan saya... 

“Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya. Tetapi seandainya kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana ALLAH untuk menjaga kita? Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk di jagaNYA…

Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu, tetapi harus dibina… Hargailah kesempatan yang Allah berikan kepadamu….”

see! :D kita di ciptakan sangat suci... Allah sangat menjaga kita... Allah sangat melindungi kita dari lelaki..malah menjaga hati kita... hebat kan? 

sebenarnya tak salah mempunyai perasaan kepada lelaki....anggaplah itu sebagai ujian yang Allah bagi..bagaimana kita nak melawan perasaan itu... sebaliknya jangan la kita terlalu menunjukkan rasa cinta kita kepada lelaki tersebut.... itu agak memalukan... semua itu datang dari Nya...jangan malu untuk meminta...supaya jodoh yang diberikan utk kita adalah jodoh yang baik...  


kepada mereka yang sedang lalui perasaan cinta tu..jangan la taksub sangat..... jangan la sampai angau2...sanggup cederakan diri sendiri sbb cinta d tolak.... sanggup bergaduh demi mendapatkan cinta lelaki.......tak de pape yang dapat ..melainkan penat....kalau dah rasa kosong jiwa tu
isikan la dengan cinta kepada Allah... ianya takkan rugi..saya jamin... ^____________^




i LOVE ALLAH...!! 
jom!! kita semua cintakan Allah...








Friday, September 23, 2011

~memerlukan tahap kesabaran,.ketika ini~

bismillahirrahmanirrahim....

bersyukur kehadrat ilahi...kerana saya masih d datangi dengan masalah...
Hikmahnya.insya Allah....Allah nk uji kesabaran saya....

Allah s.w.t masih pedulikan saya..dengan memberi masalah yg x seberapa ini....

kita semua pun tahu...sabar itu separuh drp iman kan??? 
so...jom bersabar...!! 

me: nasib la Allah masih bagi tahap keasabaran yg baik untk saya,,,,kalau tak dah lama ketuk diri sendiri dengan STROW!! 

sabar...sabar..sabar... -_-' 


"itu je lah untuk entry kali ni..." 

*bak kata Shafiqah...ustaz Pahrol kata.... Bukan apa yang kita lihat itu menjadi masalah....tapi bagaimana kita melihatnya...*

Thursday, September 15, 2011

semuanya ada Hikmah.....

Bismillahhirrahmanirrahim....

Alhamdulillah....dapat jugak on9 kat kolej ku yg baru ini...hoo..hoo...(muka bluurr)..lembut2 je dia punya network...sama ngn nama kolejnya jgak "KOLEJ TUN FATIMAH" ..ayu je nama tu kan?,..huuu...

bila dah dapat on9..maka rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di dalam ini blog.... walaupun rasa sedikit malas....tapi saya cuba untuk menyambungkan neuron2 saya ke kawasan neuron2 yang rajin...(tang bahasa sains sikit) ngeeh3!! :D 

sebab kenapa wujudnya tajuk seperti yang diatas adalah kerana.....i feel that this sem  is more difficult ...huhu..knp?? 
sbb...pensyarah psikologi sem ni sume nya nak bercakap bahasa mangris a.k.a English language....herrr...mula2 tu agak tergugat keyakinan yang ada ni....tambah2 dapat lecturer Iran...haa..tuu diaa!! luar negara terus...!   

hati pun mula terdetik.... 
"habih la akuuuu...."
"matii la akuuuu" 
"xleh dean list la aku lepas niiiiii"
ahhh...macam2 la.....

tapi apabila di sudut hati itu kita ingat akan Allah... ! 
apa jadi??? 

adakah bisikan hati akan sama dengan bisiskan yg di atas??? 
sebelum tu saya nak ucapkan rasa syukur kepada Allah..kerana saya masih mempunyai pegangan bahawa setiap kejadian yang menimpa kita pasti ada hikmah di sebaliknya.....Allah tak wujudkan ujian ini tanpa sebab.... dan Allah tidak pernah wujudkan satu ujian kepada hambanya bertujuan untuk menyusahkan hambanya.....malah Allah akan lebih menyangi hambanya yang di beri ujian itu....

kadang2 kita rasa hidup ni susah untuk di tempuhi....kerana setiap hari2 yang dilalui pasti ada je la cabaran hidup yang datang... pas tu mula la keluar ayat popular ni..."hidup pun susah...mati pun susah" 

Tapi andai di fikirkan balik....jika setiap liku hidup yang kita lalui, kesusahan yang di lalui, keperitan yang erlu ditanggung..kita anggap itu suatu hadiah dari Allah...alangkah bahagianya hidup ni......

kita semua nak ke hidup dengan keadaan senang je setiap hari...sape tak nak kan?? tapi dalam keadaan dan hati yang senang itu...adakah wujudnya rasa syukur kita dengan Allah?? adakah  makin dekat kita dengan Allah??? 

saya suka mendengar kisah sahabat nabi...Ali a.s...dalam satu hari dia tidak diberi ujian.. adakah Ali gembira?? tak kawan2...malah Ali a.s menangis teresak-esak...kenapa?? sebab dia takut..andai dia tidak di beri ujian..dia akan jauh dengan Allah s.w.t, Ali merasakan Allah akan mengabaikan nya...

apa yang kita dapat dalam kisah ini??? betapa Ali a.s ingin d beri ujian dalam hidupnya...kerana Ali a.s akan lebih dekat dengan Allah... dan Allah s.w.t juga memberi ujian dalam hidup seseorang hamba itu sebab Dia nak tengok siapa yang akan meminta denganNya....dan ingatlah Allah s.w.t sangat sayang kepada hambaNya yang bergantung kepadaNya....  

kisah ini jga pencetus semangat saya...bahawa apabila datangnya ujian, cabaran dan yang sama waktu dengan nya... i'Allah..semakin dekatlah kita dengan Allah s.w.t... malah ini juga satu kekuatan untuk kita teruskan hidup... 

"APA PUN YANG JADI DALAM HIDUP KITA...KITA KENE YAKIN..ALLAH PASTI AKAN TOLONG"  

ANGGAPLAH SETIAP YANG ALLAH TENTUKAN DALAM HIDUP KITA...YAKINLAH..ADAAA HIKMAH D SEBALIK SEMUA TU...... HIKMAH YANG BAIK..

kita tak punya apa2 pun....Allah s.w.t adalah pemilik segalanya... dan yakin la...kadang2 perkara yang kita rasa mustahil...tidak akan mustahil  jika kita bersandar sepenuhnya kepada Allah berserta dengan usaha...

Saya hanya boleh katakan....ALLAH SANGAT BAIK...MEMANG BAIK LAH....! sebab dalam keadaan saya yang risau ni..tiba-tiba Dia datangkan dengan pelbagai ayat yang berkaitan dengan saya,....semalam je baru... saya dapat sepotong ayat dari sebuah pogram.... 

"kekuatan sebenar seorang mukmin ialah apabila ia bersandar sepenuhnya dan segalanya kepada Allah s.w.t"

"Disebalik ini semua ialah ketenangan dan kebahagiaan,kepasrahan dan lapang dada, kepuasan dan kemanisan iman yang sebenar"  


"semoga kita semua peroleh kejayaan di dunia dan akhirat.... "  "semoga kita semua tidak dipinggirkan oleh Nya..." dan "menjadikan kita Mukmin yang sejati" Amin ya rabbal 'alamin...... :D :D :D

Wednesday, July 13, 2011

perginya.......kakak iparku.... 6

Hampir seminggu k.da dalam wad....kami menerima satu kejutan, apabila doktor mengatakan k.da akan sedar insya Allah...itu pun sebab muka dia merah..maksudnya darah dalam badam bertambah...mcm tu kot.... ma dan keluarga yang lain berkampung kat hospital..abang begitu kuat menghadapi dugaan ini...setiap kali saya berjumpa dengan abang..saya senyum dan cuba berborak dengan dia...tapi dia tak nak pandang muka saya pun...

"abang...walaupun abang tak pandang mata nana...tapi nana tahu...hati abang sedang menangis...nana faham..." setiap kali jumpa dia..mata dia mesti merah...mungkin dia pi nangis kat bilik air kot....heerrmmm....

masa muka k.da merah dan doktor kata insyaAllah ada harapan...masa tu hari jumaat...kami semua bersyukur sangat...tapi selepas dua hari doktor kata k.da makin tenat. dan bekalan ubat yang disediakan sudah habis...doktor datang dan terangkan satu persatu...masa tu saya ada kat rumah...doktor kata mungkin dah tiba masanya..k.da pergi..................................................jauh...................

walaupun saya tak de kat sana...tapi saya tahu..keputusan ni sangat berat...abang ngan ma mesti dilema...tapi dengan nasihat doktor dan keluarga,............akhirnya........kami lepaskan k.da pergi.....untuk selamanya..........................................

kring~!! kring!!  telefon rumah berbunyi............ "k.da dah tak de.......tolong sediakan tempat mayat"......... saya berlari ke bilik.......terasa bagai mimpi... terasa seperti pisau menusuk ke jantung....... saya memandang ke cermin....masih terngiang-ngiang suara k.da ketawa...suara dia berborak......... segalanya bermain di kepala............adakah ini mimpi?? ttaakk!! in realiti!!  saya ke bilik untuk mengenakan dengan baju kurung......kalau sbelum ni, saya pakai baju kurung unutk kenduri kahwin...tapi hari tu baju kurung di pakai untuk kenduri arwah.....  saya ke ruanng belakag untuk sediakan tempat mayat...ya Allah... sediakah aku untuk terima kematian orang tersayang??? aku kene redho.....................

mayat sampai pukul 2 pagi....sekujur badan terbaring di tilam yang saya hamparkan... saya duduk di sebelah sekujur badan itu...atok buka kain yang menutupi wajah.... "ya Allah..............." kuatkan aku.... atok suruh baca yasin...tapi air mata asyik mencurah kepipi....saya tak boleh teruskan.....saya tak boleh teruskan....saya tak boleh..... =(  apabila bersama baby sodiqi yang baru berumur 54 hari...semakin sedih rasanya..tengok zaem yang masih riang dan tak mengeri apa-apa......... saya sebagai adik ipar rasa seperti tak kuat..apatah lagi abang...tapi abang masih lagi kuatkan diri...dia tak menangis teresak-esak seperti orang lain.... dia hanya merenung wajah arwah...dengan pandangan yang lesu................. suasana amat memilukan..semua meratapi pemergian arwah...

apabila tiba waktu mandikan mayat...saya hanya tengok dari jauh....saya cuba sibukkan diri dengan menyediakan air mandian mayat....tapi fikiran saya masih diselubungi rasa bersalah dah sedih.... saya cuba lawan....sampai la tiba waktu untuk mengafankan arwah....doktor tidak benarkan kami mencium dahi arwah..kerana risau di jangkiti kuman... kami hanya mampu melihat....dan menatap wajah k.da buat kali terakhir............... abang dukung zaem dan hanya mampu melihat dan menatap wajah isterinya.....susana bisu...tiba-tiba terdenga suara zaem...seperti bertanya kepada ayahnya..walaupun dalam bahasa yang saya tak faham tapi zaem mungkin bertanya apa yang sedang berlaku.... suara zaem membuatkan saya bertambah sedih.....saya tak mampu melihat arwah lagi.....rasa lutut macam nak tercabut...saya duduk dibelakang rumah bersama sepupu.... saya hanya mampu menangis dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan.............

setibanya di tanah perkuburan abang turut sama ketika di tanah perkuburan....abang nampak tenang..tapi semasa jasat arwah hendak dimasukkan kedalam liang lahad.....abang rebah...........akhirnya abang jatuh...sepupu memangku abang kerana tidak berdaya unutk melihat arwah dimasukkan kedalam tanah..tempat dimana kita dikembalikan.....selama seminggu lebih abang bertahan, menahan air mata, tak mahu tunjuk kepada kami...tapi akhirnya abang rebah dan menangis lebih kuat dari kami.................saya faham keadaan abang...........terlalu lama dia bertahan, tapi apabila jasad mula jauh dan hilang dari pandangan abang jadi bertambah sedih....sepupu cuba tenang kan abang..... Alhmdulillah...selepas selesai semua...kami semua pulang.......

malam tahlil yang penuh hening....kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga....walaupun perit tapi kami kene kuat dan kami kene terima kenyataan..ini kerana masih ada lagi 2 orang yang amat memerlukan kami..."zaem dan baby diqi"....... saya sebagai mak saudara...dan kakak yang lain bertanggung jawab untuk menjaga mereka......banyak suka duka yang kami lalui sepanjang menjaga zaem dan diqi....lima  tahun saya dan keluarga menjaga 2 orang hero yang diamanahkan oleh arwah.....alhamddulillah...selepas lima tahun abang berjaya menemui teman hidup yang sanggup menerima anak-anak abang..... CHE ROZIAH nama diberi..k.iparku yang baru.....satu lembaran baru untuk kami..tapi arwah k.da masih dalam ingatan....dan alhamdulillah...Che Roziah a.k.a k.G bahagia bersama 2 orang hero.... sekarang zaem dan sodiqi dah besar..zaem dah 9 thun...sodiqi dah berumur 8 tahun...mereka sihat dan bahagia bersama ibunya yang baru... semoga mereka sekeluarga sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah s.w.t.....'...k.da...semoga bahagia disana....kami merindui mu....semoga arwah di tempatkan dalam kalangan org yang beriman...amin....AL-FATIHAH........:') :')

Friday, July 8, 2011

perginya.......kakak iparku.... 5

Assalamualaikum....
alhamdulillah....hari ini kesihatan amat mengizinkan untuk saya meneruskan cerita ini....
setelah seminggu berada di kg orang Asli..alhamdulilah...segala urusan di permudahkan....semoga Allah sentiasa memberi kemudahan dalam setiap urusan.....amin,,,,

ok..straight to the poit!!
*ponit..
aduhh...point la...biasa la nebes...haha.. (mesti ada yg trasa..) :D


selepas semalaman berada dalam wad kecemasan.. k.ipar ku di masukkan ke wad ICU...(maknanya dah kritikal) ...ma bersama ngn keluarga yang lain..akan tinggal kat hospital untuk memastikan keadaan k.da.. saya di arahkn untuk pulang kerumah utuk menjaga dua orang hero "zaem dan baby Diqi" ...kat kampung jadi sunyi sebab semua keluarga dah berkumpul kat hospital... masa kat umah ramai yang nak jaga baby..alhamdulillah.bersykur sangat....tapi kak saya dan saya sendiri tak tahu kenapa..mcm nak jaga sendiri je budak-budak tu....
masa jaga diorang...." ya Allah.... baru ku tahu...begini sukar ma jaga saya waktu kecil dulu..." :'( menjaga bayi yang baru berumur 48 hari sesuatu yang sangat mencabar...saat itu lah baru saya tahu dan mula menghargai pengorbanan seorang ibu... (betulla Allah itu maha besar...setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya).... hari kedua.. kak yah..iaitu kakak angkatku yang dah saya anggap seperti kakak kandung saya pulang..maka dia pula yang jaga budak-budak tu....saya pula pergi kehospital...

semasa kat hospital..susana amat memilukan..semua orang ibarat tidak percaya akan apa yang berlaku...ia berlaku dengan tiba-tiba... setiap penjuru saya dapat lihat, mesti ada yang sedang menangis..terutama ahli keluarga k.da... sampainya tempat ma berehat... saya mula sedih..dan mengalirkan air mata bila tengok ma dalam keadaan lemah...waktu tu..abang pun ada sama..abang nampak baik je..dan dia nampak kuat...mata ma pula merah dan bengkak...nak pergi tandas pun kene berteman...masa saya temankan ma pergi tandas...ma pitam..waktu tu hanya Allah je yang tahu...betapa sedihnya ma...mngkin org kata itu cuma menantu..tapi bagi ma...menantu merupakan anak kandungnya...lagi pun ma saya ni suka ambik anak angkat...apatah lagi menantu... mestilah dia sayang....ma tak pernah berhenti menangis dan saya yakin ma tak kan berhenti berdoa... bersyukur sangt sebab keluarga amat memahami..ada yang bawa makanan..ada yang teman ma...ada yang bagi semnagat dekat ma...
saya, abang dan mama (mak saudara)...di benarkan masuk dalam wad untuk lihat keadaan k.da.... abang nampak sepeti menahan kesedihan...abang berbisik di telinga k.da.."Da..abang mintak maaf dengan da..andai abg ada buat salah dan silap....abang redho dan halal kan semuanya selama kita hidup bersama..." saya menangis apabila melihat abang sikit pun tak meitiskan air mata..kalau ada pun..cepat-cepat dia kesat..tapi makin sedih apabila tengok air mata k.da mengalir ke pipi..walaupun dalam keadaan koma dia faham apa yng abang cakap...abang cepat-cepat keluar dari bilik tu...mama bersandar di bahu saya...dan menyuruh saya untuk berbisik untuk mohon maaf dan maaf kan k.da...dalam arti kata lain..redhokan andai dia pergi... ya Allah...waktu tu,,,saya mohon agar di beri kekuatan...  saya sedar yang saya dah bnyak buat silap dan bnyak kurang hajar dengan dia...saya bagi tahu mama yang saya dah bnyak buat silap dengan k.da..tapi mama kata.... "sekarang ni..mungkin k.da cuma mintak supaya ita maaf kan segala kesalahan dia...andaia dia salah..dia cuma mohon kita mafkan dia." waktu tu saya rasa sangat bersalah,,,saya yang banyak buat salah tapi dia yang mohon maaf? oh my Allah... indahnya aturan mu ya Allah...."maafkan nana k.da...maaf..nana maafkan segalanya....." nana redho...... :'(  

doktor mengesahkan k.da koma dan tak de harapan lagi...nadi masih aktif pun di sebabkan oleh bantuan mesin...doktor dah sediakan dua bekas ubat..satu bekas yang besar...andai habis ubat tersebut...ada lagi limit ubat yang terakhir,, kalau ubat yang terakhir tu dah habis dan k.da masih tak sedarkan diri...maka doktor akan matikan mesin,,atau di kenali sebagai EUTHANASIA.... 

bersambung...dah nk mhgrib.... assalamualaikum... :)