Friday, September 23, 2011

~memerlukan tahap kesabaran,.ketika ini~

bismillahirrahmanirrahim....

bersyukur kehadrat ilahi...kerana saya masih d datangi dengan masalah...
Hikmahnya.insya Allah....Allah nk uji kesabaran saya....

Allah s.w.t masih pedulikan saya..dengan memberi masalah yg x seberapa ini....

kita semua pun tahu...sabar itu separuh drp iman kan??? 
so...jom bersabar...!! 

me: nasib la Allah masih bagi tahap keasabaran yg baik untk saya,,,,kalau tak dah lama ketuk diri sendiri dengan STROW!! 

sabar...sabar..sabar... -_-' 


"itu je lah untuk entry kali ni..." 

*bak kata Shafiqah...ustaz Pahrol kata.... Bukan apa yang kita lihat itu menjadi masalah....tapi bagaimana kita melihatnya...*

Thursday, September 15, 2011

semuanya ada Hikmah.....

Bismillahhirrahmanirrahim....

Alhamdulillah....dapat jugak on9 kat kolej ku yg baru ini...hoo..hoo...(muka bluurr)..lembut2 je dia punya network...sama ngn nama kolejnya jgak "KOLEJ TUN FATIMAH" ..ayu je nama tu kan?,..huuu...

bila dah dapat on9..maka rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di dalam ini blog.... walaupun rasa sedikit malas....tapi saya cuba untuk menyambungkan neuron2 saya ke kawasan neuron2 yang rajin...(tang bahasa sains sikit) ngeeh3!! :D 

sebab kenapa wujudnya tajuk seperti yang diatas adalah kerana.....i feel that this sem  is more difficult ...huhu..knp?? 
sbb...pensyarah psikologi sem ni sume nya nak bercakap bahasa mangris a.k.a English language....herrr...mula2 tu agak tergugat keyakinan yang ada ni....tambah2 dapat lecturer Iran...haa..tuu diaa!! luar negara terus...!   

hati pun mula terdetik.... 
"habih la akuuuu...."
"matii la akuuuu" 
"xleh dean list la aku lepas niiiiii"
ahhh...macam2 la.....

tapi apabila di sudut hati itu kita ingat akan Allah... ! 
apa jadi??? 

adakah bisikan hati akan sama dengan bisiskan yg di atas??? 
sebelum tu saya nak ucapkan rasa syukur kepada Allah..kerana saya masih mempunyai pegangan bahawa setiap kejadian yang menimpa kita pasti ada hikmah di sebaliknya.....Allah tak wujudkan ujian ini tanpa sebab.... dan Allah tidak pernah wujudkan satu ujian kepada hambanya bertujuan untuk menyusahkan hambanya.....malah Allah akan lebih menyangi hambanya yang di beri ujian itu....

kadang2 kita rasa hidup ni susah untuk di tempuhi....kerana setiap hari2 yang dilalui pasti ada je la cabaran hidup yang datang... pas tu mula la keluar ayat popular ni..."hidup pun susah...mati pun susah" 

Tapi andai di fikirkan balik....jika setiap liku hidup yang kita lalui, kesusahan yang di lalui, keperitan yang erlu ditanggung..kita anggap itu suatu hadiah dari Allah...alangkah bahagianya hidup ni......

kita semua nak ke hidup dengan keadaan senang je setiap hari...sape tak nak kan?? tapi dalam keadaan dan hati yang senang itu...adakah wujudnya rasa syukur kita dengan Allah?? adakah  makin dekat kita dengan Allah??? 

saya suka mendengar kisah sahabat nabi...Ali a.s...dalam satu hari dia tidak diberi ujian.. adakah Ali gembira?? tak kawan2...malah Ali a.s menangis teresak-esak...kenapa?? sebab dia takut..andai dia tidak di beri ujian..dia akan jauh dengan Allah s.w.t, Ali merasakan Allah akan mengabaikan nya...

apa yang kita dapat dalam kisah ini??? betapa Ali a.s ingin d beri ujian dalam hidupnya...kerana Ali a.s akan lebih dekat dengan Allah... dan Allah s.w.t juga memberi ujian dalam hidup seseorang hamba itu sebab Dia nak tengok siapa yang akan meminta denganNya....dan ingatlah Allah s.w.t sangat sayang kepada hambaNya yang bergantung kepadaNya....  

kisah ini jga pencetus semangat saya...bahawa apabila datangnya ujian, cabaran dan yang sama waktu dengan nya... i'Allah..semakin dekatlah kita dengan Allah s.w.t... malah ini juga satu kekuatan untuk kita teruskan hidup... 

"APA PUN YANG JADI DALAM HIDUP KITA...KITA KENE YAKIN..ALLAH PASTI AKAN TOLONG"  

ANGGAPLAH SETIAP YANG ALLAH TENTUKAN DALAM HIDUP KITA...YAKINLAH..ADAAA HIKMAH D SEBALIK SEMUA TU...... HIKMAH YANG BAIK..

kita tak punya apa2 pun....Allah s.w.t adalah pemilik segalanya... dan yakin la...kadang2 perkara yang kita rasa mustahil...tidak akan mustahil  jika kita bersandar sepenuhnya kepada Allah berserta dengan usaha...

Saya hanya boleh katakan....ALLAH SANGAT BAIK...MEMANG BAIK LAH....! sebab dalam keadaan saya yang risau ni..tiba-tiba Dia datangkan dengan pelbagai ayat yang berkaitan dengan saya,....semalam je baru... saya dapat sepotong ayat dari sebuah pogram.... 

"kekuatan sebenar seorang mukmin ialah apabila ia bersandar sepenuhnya dan segalanya kepada Allah s.w.t"

"Disebalik ini semua ialah ketenangan dan kebahagiaan,kepasrahan dan lapang dada, kepuasan dan kemanisan iman yang sebenar"  


"semoga kita semua peroleh kejayaan di dunia dan akhirat.... "  "semoga kita semua tidak dipinggirkan oleh Nya..." dan "menjadikan kita Mukmin yang sejati" Amin ya rabbal 'alamin...... :D :D :D