Friday, April 15, 2011

KeLeBiHaN mEnJaDi uMaT RaSuLUlLaH....

1. dibuka peluang sebesar-besarnya untuk beramal ibadat wlaupun dgn niat.
        Rasulullah s.a.w bersabda, semua ummat baginda akan dihisab. ketika itu Allah menyeru kepada anak-anak adam 'masuk syuga'..namun ada ummat nabi Muhammad yang masih terpinga-pinga .  Mreka ini ialah ketika di dunia, apabila nama baginda disebut dia tidak berselawat keatas nabi Muhammad s.a.w.

         ketika rasulullah s.a.w hendak menaiki mimbar utk membaca khutbah, dalam perjalanannya.setiap tangga yang dinaiki baginda mengatakan 'Amin'. kenapa baginda begitu??? sebanarnya, ketika itu bagin manaiki 3 anak tangga, lalu di datangi malaikat jibrail berkata pada tangga yang ketiga malaikat jirail berkata: celaka bagi ummat mu jika nama mu disebut dia tidak berselawat kepada mu ya Rasulullah. maka baginda menyahut dengan perkataan Amin....subhanallah...

 Kelebihan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.
  1. malaikat mendoakan mereka yg berselawat dan diampunkan dosa.
  2. Allah memberi rahmat didunia dan akhirat.
  3. mendapat syfaat baginda.
berselawatlah kepada Nabi sesungguh tinggi darjat seseorang iaitu mendapat 10 kebaikan dan dihapuskan 10 dosa. TAK RUGI PUN..memangla kat sini susah nk buat sebab x nampak natijahnya...yakin la Allah itu maha adil, Dia maha mendengar.....mngkin x dapat di sini..i'Allah manfaat ketika di Akhirat kita akan dapat. 'akhirat merupakan tempat sebanar-benarnya kehidupan kita"

2. Memperoleh syafa'at daripada Rasulullah s.a.w
          Rasulullah s.a.w akan memberi pertolongan daripada rasulullah ketika kita ingin melintasi laluan titian       siratulmustaqim...setiap daripada ummatnya yang ingin melalui titian tersebut, baginda akan menanti kita dan menoleh ke arah kita dan menghulurkan tangan agar mudah untuk kita lalui laluan tersebut. :'(....
          ketika di akhirat nanti, Rasulullah akan memberi kita minuman daripada telaga di syurga, iaitu air telaga nabi "telaga kausar".
          seterusnya, baginda amat menyayangi kita, kerana d saat kewafatannya pada akhir kata nya baginda menyebut tetang nama ummatnya 'ummati....ummati...ummati...".... ketika sakaratul maut baginda mengerang kesakitanya, dan baginda mengerang kesakitan, sakitnya sakaratul maut...sakitnya adalah 70 kali ganda. namun Rasulullah sempat memohon kepada Allah s.w.t agar meringankan sakaratul maut kepada Ummatnya. "ya Allah ringankan lah kesukaran sakaratulmaut ku dan ummatku"...ya Allah..kenapa hati kita tidak bergetar apabila disebut tentang Rasulullah?? sedangkan baginda tidak pernah melupakan kita...ingtkan kita kpd baginda???

3. dilambatkan azab siksa
      di akhirat nanti ummat nabi Muhammad s.a.w di lambatkan azab seksa dan kaum terdahulu akan di azab terlebih dahulu. apabila kita berada di akhirat nanti 1 hari di akhirat seperti 100 tahun di bumi , see! perkiraan Allah tak sama dengan perkiraan kita. cuba bayangkan kita di azab selama 100 hari di akhirat...berapa tahun  jumlah nya? semoga amal di dunia akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak..i 'Allah...

4.ummat Nabi Muhammad s.a.w merupakan ummat yang paling awal dihisab.
    selain orang yang mati syahid, ummat nabi Muhammad yang namanya bermula dengan nama Muhammad akan dipilih dahulu. Allah hisab ummat Rasulullah yang memepunyai nama yang sama dengan Baginda. adakah mereka yang memegang nama Muhammad di dunia ni beriman? adakah hanya sekadar nama? semoga mereka yang bernama Muhammad itu tergolong dalam mereka yang beriman. begitu juga untuk diri sendiri. semoga kita semua mendapat syafa'at dari Rasulullah s.a.w. berzikirlah utk rasulullah dan memuji kebesaran Allah s.w.t..

"saya berbangga menjadi ummat nabi Muhammad s.a.w" :) :) :)
    

No comments:

Post a Comment